Friday, December 2, 2011

Bijak Menangani Stres


Assalamualaikum...

Hari ini saya nak kongsi sikit artikal yang saya baca tentang STRES ataupun tekanan perasaan dalam diri. Semua orang dikatakan sudah mengalami stres dan sedang mengalaminya dalam pelbagai bentuk keadaan.

Dari zaman sekolah sibuk dengan homework yang bertimbun-timbun pastu xsempat nak siapkan.Stres betul.. xsiap nak hantar takut cikgu marah. terpaksalah ponteng sehari class kan..kan..kan..

Masuk alam pekerjaan stres follow sama.. Ada jer yang akan mengalaminya.

Stres yang saya nak ceritakan berkenaan dengan stres pekerjaan atau lebih tepat lagi stres di tempat kerja.

Antara punca-punca stres pekerjaan;

  • Objektif dan struktur organisasi yang kurang jelas
  • Perkembangan kerjaya, status dan gaji yang tidak memuaskan
  • Tugas yang membosankan dan tidak bermakna
  • Kerja yang tidak terlalu banyak atau terlalu sedikit
  • Waktu kerja yang terlalu panjang dan tidak anjal
  • Kurang sokangan daripada rakan sekerja atau pihak atasan
  • Konflik interpersonal
  • Konflik di antara tuntutan kerja dan rumah

Langkah-Langkah Menangani Stres Pekerjaan
1) Tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja
  • Menjalinkan tali persahabatan sesama rakan sekerja
  • Berkongsi masalah dengan mereka yang boleh dipercayai

2) Praktikkan pemikiran yang rasional dan positif
Pemikiran , kepercayaan ayau perasaan yang negatif atau tidak rasional kerap kali menyebabkan salah faham. sekiranya keadaan ini berlaku:
  • Jangan biarkan sala faham menjejaskan perasaan dan tindakan anda
  • pastikan tafsiran anda tentang sesuatu situasi sepadan dengan fakta
  • Gantikan pemikiran yang tidak rasional dan negatif dengan keterangan yang lebih munasabah

3) Berkomunikasi dengan berkesan
  • Jadilah pendengar yang baik
  • Berkomunikasi secara asertif
  • Luahkan pendapat anda secara jelas, tepat dan tegas
  • Hormati pandangan ornag lain
  • Gunakan fakta, dan bukukannya mengikut perasaan

4) Tangani kritikan dengan bbaik
  • apabila anda dikritik:
-Bertenang
- Tentukan apa yang anda boleh percaya
  • Sekiranya kritikan itu bersifat membina dan benar:
- Terima
- Ambil langkah sewajarnya
  • Sekiranya kritikan itu tidak benar dan menyinggung perasaan anda:
- Dapatkan lebih maklumat
- Betulkan tanggapan yang salah itu


5) Tanggani kemarahan secara berkesan
  • Berhenti
- akui bahawa anda sedang marah dan cuba bertenang
  • Berfikir
- rancang fikiran anda
  • Bertindak
- gunakan daya tindakan yang berkesan


6) Atasi masalah dengan berkesan
Jika anda menganggap sesuatu itu boleh diubah, gunakan teknik IDEAL:
  • I - Kenal Pasti masalah (Identity the problem)
  • D - huraikan pilihan yang ada (Describe possible options)
  • E - Nilaikan akibat setiap pilihan (kelebihan dan kelemahan)(Evaluate pros and cons)
  • A - Bertindak berdasarkan pilihan yang paling bijak (Act based on the possible Action)
  • L - Belajar dan semak semula (Learn)
Jika anda menganggap sesuatu situasi itu tidk boleh diubah, kendalikan emosi anda secara positif dengan berkongsi perasaan dengan orang yang boleh dipercayai, berdoa dan lain-lain.

7) Praktikkan pengurusan masa yang berkesan
  • Akuilah anda hanya ada 24 jam sehari
  • Senaraikan tugas-tugas anda dan utamakan mengikut kepentingan dan keperluan
  • Delegasikan tugas anda secara berkesan

8) Amalkan cara hidup sihat
  • Bersenam selalu
  • makan secara sihat
  • Tidak merokok
  • Luangkan masa untuk beriadahdan berekreasi
  • Belajar teknik relaksasi (muzik,meditasi dan lain-lain)


Moga info ini dapat membantu anda sume..
.......Selamat beramal......

1 comments:

ch000tz said...

cara yang terbaek menangani stress adalah jangan fikirkan stress terlalu sangat :)

http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/interconnected-friday.html

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost